MOTAC buka penyertaan tambah baik logo tahun melawat Malaysia

Kementerian Pelancongan, Seni Dan Budaya (MOTAC) membuka penyertaan kepada orang ramai menambah baik logo tahun melawat Malaysia 2020 yang sedia ada. Menurut menterinya, Datuk Mohamadin Ketapi, rekaan logo tersebut masih di peringkat awal dan perubahan boleh dilakukan dalam tempoh dua tahun ini sekiranya terdapat idea-idea baharu yang lebih menarik.