MoU MTDC dan MIDF dekatkan PKS dengan Industri 4.0

Kolaborasi antara Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia (MTDC) bersama Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) mendekatkan Peniaga Kecil dan Sederhana (PKS) di negara ini ke tahap standard Industri 4.0. Kerjasama yang terjalin melalui perjanjian Memorandum Persefahaman (MoU) antara dua agensi ini membuka platform dan ruang kepada PKS melalui adaptasi teknologi baharu dan bantuan kewangan.