Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Muhyiddin bukan pengkhianat, tetapi penyelamat

Pandangan segelintir pihak termasuk kem Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah pengkhianat mandat rakyat, jauh meleset daripada realiti sebenar, tegas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Abdul Rashid Asari. Ujar Ahli Dewan Undangan Negeri Selat Klang itu, Muhyiddin, yang juga Presiden dan Pemangku Pengerusi Bersatu, sebaliknya adalah 'penyelamat'.