Tutup

Naikkan komisen atau operasi stesen minyak cuma 18 jam sehari

Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesyen Minyak Malaysia (PDAM) pada Sabtu mendesak kerajaan menaikkan kadar komisen petrol dan diesel bagi menampung kos operasi yang meningkat. Jika kadar semasa kekal, Presidennya, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz menegaskan, operator stesen minyak mungkin memendekkan masa operasi kepada 18 jam sehari.