Tutup

Najib mohon mahkamah larang media, orang ramai bincang kes SRC International

Datuk Seri Najib Tun Razak mahu mahkamah mengeluarkan arahan untuk memberitahu orang ramai dan media, apa yang boleh dibincangkan dan disiarkan dan apa yang tidak boleh berhubung kes dana SRC International Sdn Bhd. Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata, ini kerana apa-apa kenyataan yang dibuat yang menyentuh merit Najib, boleh menimbulkan subjudis kepada anak guamnya.