Tutup

Nama Jho Low diarah gugur dari laporan akhir 1MDB

Perenggan berkaitan kehadiran ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau Jho Low dalam satu mesyuarat Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diarah digugurkan dalam penyediaan laporan akhir pengauditan 1MDB. Menurut Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad perkara itu diarahkan bekas Ketua Setiausaha Sulit kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Shukry Salleh pada 26 Februari 2016.