Nampak tumpahan diesel, ada individu tawar 'duit kopi'

Sah ! Sungai Selangor dicemari diesel. Tapi, mengapa sungai ini terus menjadi mangsa pencemaran? Berdasarkan tinjauan wartawan Astro AWANI, Harits Asyraf Hasnan bersama Saraya Mia, mendapati berlaku aktiviti pengorekan pasir di hulu sungai, walaupun Menteri Besar Selangor sudah mengumumkan pemberhentian kerja akibat pencemaran diesel di sungai terbabit. Di mana logiknya? Ketika 4 hingga 5 juta pengguna lembah kelang mungkin sengsara akibat ketiadaan air, tetapi ada pihak yang terus mengaut untung. Sampai bila................ Kita sebagai pengguna menjadi mangsa? Ikuti laporan yang disediakan.