Nazri Aziz disiasat bawah Akta Hasutan - KPN

Polis akan menyiasat Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di bawah Akta Hasutan berhubung kenyataannya dalam satu ceramah politik di Semenyih, Sabtu lalu. Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata satu laporan polis telah diterima setakat semalam berhubung kes itu.