Tutup

Negeri Kedah berkabung selama 7 hari

Negeri Kedah akan berkabung selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 27 September susulan kemangkatan Raja Puan Muda Tunku Hajah Raudzah Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah, pada 10.15 pagi Isnin. Menteri Besarnya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang membuat pengisytiharan kemangkatan itu berkata, almarhum mangkat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) akibat gering.