Negeri Sembilan terima manfaat jika ECRL diteruskan

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng memberi bayangan, Negeri Sembilan bakal terima manfaat sekiranya projek pembangunan Laluan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang tertangguh, diteruskan semula. Menurutnya, kerajaan kini masih dalam rundingan dengan pihak kontraktor bagi mengurangkan lagi kos pembinaan projek itu.