Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Nelayan hilang di laut, dikhuatiri lemas

Niat menggantikan rakan yang bercuti bertukar tragedi apabila seorang nelayan dilaporkan hilang selepas dipercayai jatuh ketika menangkap ikan kira-kira 4.1 batu nautika dari utara Pulau Payar, awal pagi Rabu. Pengarah Zon Maritim Kuala Kedah, Komander Maritim Mahmad Faizal Ahmad berkata, pihaknya melancarkan operasi mencari dan menyelamat pada jam 9.30 pagi.