Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Nilai rampasan KPDNHEP Perak cecah lebih RM4.1 juta

Sebanyak 1,261 kes membabitkan nilai rampasan lebih RM4.17 juta dicatatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menerusi penguatkuasaan yang dijalankan sepanjang tahun ini. Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, V. Ravichandran berkata, kesalahan paling banyak direkodkan ialah gagal meletakkan tanda harga dan gagal menentusahkan alat timbang dan sukat.