Nor Shafila berang gambar dicabul

Sebelum ini, kami ada mendedahkan identiti seorang gadis yang poster dirinya terdapat di stesen minyak Shell seluruh negara. Baru-baru ini, nama Nor Shafila Khairusalleh sekali lagi trending kerana dia kesal susulan tindakan sekumpulan lelaki mencium dan memegang beberapa bahagian sensitifnya ketika bergambar di posternya.