Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

NORMAL BAHARU: Aidilfitri yang berbeza buat penghuni Rumah Seri Kenangan

Kedatangan Aidilfitri saban tahun sememangnya menjadi detik istimewa buat sekumpulan warga emas yang menghuni di Rumah Seri Kenangan, Cheng di Melaka. Selepas hampir setahun menanti, hanya lembaran Syawal sahaja menjadi penghubung buat kumpulan warga emas ini berkumpul bersama ahli keluarga dan sanak saudara bagi meraikan lebaran.