Tutup

Operasi pembenihan awan berjalan lancar - Met Malaysia

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Ahad melancarkan Operasi Pembenihan Awan (OPA) bagi meningkatkan paras empangan bagi tujuan domestik dan pertanian di negeri utara Semenanjung Malaysia. Ketua Pengarah MetMalaysia Jailan Simon berkata operasi itu dilakukan di enam kawasan sasaran di Kedah serta Pulau Pinang dan berjaya menghasilkan hujan di hampir kesemua kawasan tumpuan.