PADU: Pembangunan profesionalisme berterusan guru

Guru akar kejayaan inisiatif memartabatkan pendidikan Bahasa Melayu ini. Maka, sewajarnya masyarakat didedahkan bagaimana para guru ini dibentuk dan dilatih supaya mereka berupaya melaksanakan segala perancangan. Apakah bentuk latihan para guru ini sama seperti puluhan tahun lepas? Atau mereka telah dibekalkan dengan kaedan dan teknik terkini yang mampu menarik minat pelajar mereka kembali mencintai Bahasa Melayu? Memaparkan latihan di beberapa sekolah terpilih, lebih menarik untuk episod ini ialah kita juga dapat melihat projek memartabatkan pendidikan Bahasa Melayu ini diijalankan di sekolah masyarakat orang asli dan pedalaman.