Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pakatan Nasional hanyalah propaganda pembangkang - Anwar

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tiada sebarang asas pada dakwaan kononnya ada Ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang menyokong Pakatan Nasional. Tegasnya, Pakatan Nasional langsung tidak pernah dibincangkan dalam pertemuan peribadinya bersama Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, atau dalam mana- mana mesyuarat Pakatan Harapan (PH).