Papagomo ditahan mengikut Akta Hasutan

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini mengesahkan bahawa blogger kontroversi, Papagomo ditahan di kediamannya semalam berhubung kes rusuhan di Plaza Low Yat. Beliau dipercayai ditahan mengikut akta hasutan ekoran maklumat palsu dan menghasut yang disebarkannya di media sosial.