Video  | 

Para Asia 2018: Ridzuan Puzi cipta rekod baharu dunia

Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi mempamerkan aksi cemerlang dengan mencipta rekod baharu dunia pada hari kedua acara olahraga Sukan Para Asia 2018 di Stadium Utama Gelora Bung Karno, di sini pada Selasa. Mohamad Ridzuan mencatat masa 11.87 saat dalam acara 100m T36 lelaki (cerebral palsy), sekali gus memadam rekod terdahulu 11.90 saat yang dicipta atlet Rusia, Evgenii Shvetcov pada Kejohanan Paralimpik Dunia IPC di Lyon, Perancis pada 2013.