Pasangan suami isteri 'kantoi' seludup daun ketum

Cubaan pasangan suami isteri untuk menyeludup daun ketum ke Langkawi berjaya digagalkan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Pasangan tersebut ditahan polis selepas didapati membawa bungkusan daun ketum seberat 170 kilogram dalam sebuah kereta di kawasan parkir dekat Jabatan Laut Jeti Point Kuah, Langkawi.