Tutup

Pasukan SMK Panji Alam 'menakluk' Pertandingan Inovasi Eropah

Sekolah Menengah Kebangsaan Panji Alam, Kuala Terengganu berjaya 'menakluk' Eropah dengan menggondol empat anugerah dalam pertandingan 11th European Exhibition of Creativity and Innovation yang berlangsung di Romania. Ketibaan pasukan sekolah itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud pada Rabu disambut meriah oleh para ibu bapa, pihak sekolah serta wakil kerajaan negeri.