announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Paul Yong tarik balik rayuan

Mahkamah Tinggi Ipoh membenarkan permohonan pihak pembelaan kes rogol melibatkan Exco kerajaan Perak, Paul Yong Choo Keong menarik balik permohonan rayuan supaya Mahkamah Sesyen menangguhkan prosiding kes tersebut. Pesuruhjaya Kehakiman, Anselm Charles Fernandis membuat keputusan itu selepas selesai mendengar hujah daripada pihak pembelaan.