Tutup

Peguam keluarga Nora Anne serah kepada Peguam Negara

Insiden kematian mengejut seperti yang menimpa remaja warga Ireland Nora Anne Quoirin, secara kebiasannya akan memerlukan proses inkues. Peguam mewakili keluarga mangsa, Sankara N Nair berkata namun begitu, ia masih terlalu awal untuk ditentukan, dan keputusan itu hanya akan dimaklumkan pejabat Peguam Negara, selepas mereka diserahkan sesalinan keputusan bedah siasat.