Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pekerja pembersihan didakwa sebar fitnah terhadap Undang Luak Jelebu

Seorang pekerja pembersihan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah pada rabu gara-gara menyiar satu penyataan berbaur fitnah terhadap Undang Luak Jelebu,Datuk Maarof Mat Rashad di laman sosial facebook pada Mac lalu. Tertuduh, Norazman Ahmad, 57 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa dihadapan hakim Nariman Badruddin.