Tutup

Pelajar Malaysia balik jika keadaan di Hong Kong meruncing

Kementerian Pendidikan akan memindahkan kira-kira 400 pelajar Malaysia jika insiden kekacauan di Hong Kong bertambah buruk sehingga mengancam keselamatan mereka. Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata kementeriannya juga sentiasa berhubung dengan Wisma Putra dari semasa ke semasa untuk tindakan lanjut, sekiranya keadaan menjadi kritikal.