Tutup

Pelajar tahun 5 tarik perhatian dendang lagu rakyat

Usianya baru 11 tahun namun minatnya yang mendalam terhadap lagu-lagu rakyat menjadikan dia penglipur lara di sekolah dan kelasnya. Adik Mohammad Zikri Afif Mokhtar, pelajar tahun 5, Sekolah Kebangsaan (SK) Pida Tiga Dekat Tunjang, Jitra, Kedah ini menarik perhatian guru dan rakan-rakan kelasnya dengan nyanyian lagu-lagu rakyat.