Pelaksanaan ibadah korban rakyat Malaysia beri sinar warga Jogjakarta

Dalam mengimarahkan Hari Raya Aidiladha, syarikat pelaksana ibadah korban, EZ Qurban Sdn Bhd menyempurnakan amanah umat Islam di Malaysia, menerusi program ibadah korbannya. Sebanyak 45 ekor lembu dan 700 ekor kambing dikorbankan serta diagihkan secara keseluruhan kepada penerima kurang berkemampuan di Yogjakarta. Wartawan Astro AWANI, Afiq Ariffin sempat melihat sendiri proses pelaksanaan penyembelihan dan agihan yang dijalankan di Desa Kemiri Kebo Sleman Yogjakarta.