Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pelan pemulihan: MEDAC peruntuk RM452.8 juta bantu usahawan

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) memperuntukkan RM452.8 juta bagi membantu usahawan terjejas melalui pelan pemulihan operasi perniagaan bagi menyokong kestabilan ekosistem keusahawanan. Ia dijangka bakal memberi manfaat kepada lebih 21,847 penerima merangkumi usahawan mikro, perusahaan kecil dan sederhana, usahawan sosial, pemula niaga dan koperasi.