Pelancaran DKN 2030

Pelancaran Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebentar tadi merupakan dasar pertama di negara ini yang digubal secara komprehensif dan terkhusus dalam bidang keusahawanan. Ia merupakan dokumen strategi jangka panjang bagi menetapkan hala tuju keusahawanan negara. Bersama wartawan, Wan Syamsul Amly pada Pelancaran DKN 2030 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).