Tutup

Pemandu Grab cedera ditembak senapang angin

Seorang pemandu Grab cedera selepas ditembak dengan senapang angin serta dipukul dengan tukul dalam kejadian rompakan di Jalan Fac Matang di Kuching petang Khamis. Sebelum kejadian, sekitar jam 2.30 petang, mangsa telah mengambil seorang penumpang dipercayai lelaki warga Indonesia di Kuching Sentral dan menghantarnya ke sebuah Ladang Strawberi di Matang.