announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pemandu maut kelindan lori parah kemalangan

Seorang pemandu lori lima tan maut manakala kelindannya cedera parah apabila lori lima tan yang mereka naiki terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah treler di Baling, Kedah. Anggota bomba mengambil masa kira-kira sepuluh minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di tempat penduduk pemandu dengan menggunakan peralatan khas.