announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pemandu teksi direman rogol anak kandung

Seorang pemandu teksi direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh pada Rabu selepas dipercayai merogol anak kandungnya berusia 14 tahun. Perintah tahanan reman bermula hari ini sehingga Selasa depan itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Mohd Anuar Ostadi bagi membantu siasatan mengikut seksyen 376(3) kanun keseksaan.