Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pembantu klinik ditahan subahat dengan teman lelaki samun doktor

Polis menahan seorang pembantu klinik disyaki bersubahat dengan teman lelakinya melakukan jenayah samun terhadap seorang doktor di sebuah klinik di Taman Pandan Indah, Ampang Jaya, Selangor. Menurut Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff, kejadian pada 8.48 pagi Isnin itu berlaku apabila seorang lelaki bersenjatakan objek menyerupai pistol menyamun seorang doktor di klinik terbabit dengan kerugian dilaporkan sebanyak RM2,443.