Pemimpin tertinggi tiba di Istana Abu Bakar

Rakyat jelata khususnya masih berduka dengan pemergian Almarhum Paduka Ayahanda Sultan Ahmad Shah yang mangkat pada 8.50 pagi Selasa di Institut Jantung Negara (IJN). Sebagai menzahirkan rasa kasih terhadap Almarhum, hari ini ribuan orang awam daripada pelbagai lapisan masyarakat dijangka memenuhi Istana Sultan Abu Bakar, Pekan bagi memberikan penghormatan terakhir kepada Jenazah Paduka , Sultan Ahmad Shah.