Tutup

Pemuda didakwa tipu 20 mangsa umrah

Seorang pemuda mengaku tidak bersalah ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas 26 pertuduhan menipu untuk menaja mengerjakan umrah. Tertuduh, Mohd Adam Mohd Ghazali, 31 tahun memohon dibicarakan ketika pertuduhan dibaca dihadapan Hakim Wan Wan Azimah Yaacob.