Tutup

Pemuda Pas gesa PDRM siasat dana luar diterima DAP

Pemuda Pas Wilayah Persekutuan menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat dakwaan DAP menerima dana asing termasuk dari Israel. Naib ketuanya, Ubaid Akla berkata,ia susulan beberapa laporan termasuk pendedahan bekas Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng iaitu Mohamad Razali Abdul Rahman yang mendakwa DAP mengambil wang rasuah RM300 juta dari Israel.