Pencarian MH370: Perlu pertimbangan sebelum buat keputusan

Sidang media Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkenaan misi pencarian MH370. Pencarian sehingga 29 Mei tidak menemui sebarang hasil positif. Tiada lagi lanjutan diberikan kepada Ocean Infinity. Kerajaan Malaysia rakam ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam operasi mencari MH370. Laporan akhir siasatan MH370 akan dimaklumkan kepada keluarga dan waris mangsa , pasukan khas akan berhubung dengan keluarga dan waris MH370 setiap minggu. Sebelum laporan akhir dijadikan bahan umum, keluarga dan waris mangsa MH370 akan dimaklumkan dahulu. MAVCOM hanya diberi peruntukan awal RM97 juta untuk tempoh dua tahun.