Tutup

Pencarian untuk 4 pelajar dikhuatiri lemas diteruskan

Cuaca gelap tidak menghalang pasukan keselamatan meneruskan pencarian empat pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin yang dikhuatiri lemas di Pantai Teluk Bidara, Dungun. Ketua Zon Dua Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Azman Alias berkata, operasi sebelah malam itu memfokuskan kawasan pesisir pantai.