Pendapatan dari Singapura tidak dikenakan cukai - LHDN

Pendapatan daripada punca penggajian di Singapura tidak tertakluk kepada cukai yang dikenakan di Malaysia. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Seri Sabin Samitah, ini berikutan punca pendapatan di republik itu bukannya daripada punca penggajian di Malaysia.