Tutup

Penentuan jenayah ringan atau berat: Kuasa penuh PDRM

Kerajaan menyerahkan sepenuhnya kuasa kepada Polis Diraja Malaysia dalam membuat siasatan serta menentukan tahap kesalahan yang mendepani suspek. Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan berpendapat bahawa undang-undang seperti Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) tidak lengkap kerana tidak membezakan perbuatan yang ringan dan perbuatan yang berat.