Penganggur dipenjara tiga tahun rogol gadis 13 tahun

Padah merogol remaja perempuan bawah umur berusia 13 tahun, seorang pemuda dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini. Tertuduh, Muhammad Khairul Ishak, 19 tahun membuat pengakuan itu dihadapan Hakim Elesabet Paya Wan sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa.