Tutup

Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan anak didakwa beri serta terima rasuah

Seorang Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Pulau Pinang bersama anak lelakinya mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini. Tertuduh, Mohd Saidi Midin 59, dan anaknya Mohd Al-Azhim, 28 tahun, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.