Pengarah JAS Johor nafi miliki PHD palsu

Dakwaan beberapa pihak bahawa Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh memegang Ijazah Doktor Falsafah, PHD palsu dalam bidang kejuruteraan sistem elektrik dari Universiti Malaysia Perlis, (UNIMAP) adalah fitnah. Perkara itu disahkan Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMP, Professor Ir. Dr. Rezuwan Kamaruddin melalui surat rasmi.