Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pengecualian bayaran sewa rumah ringankan beban penduduk

Pengecualian bayaran sewa rumah untuk tempoh enam bulan meringankan beban penduduk yang tinggal di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR). Pengumuman oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin itu disifatkan sangat bermakna buat lebih 500 keluarga di PPR Gua Musang, Kelantan yang kebanyakannya melakukan pekerjaan sendiri dan mempunyai bilangan isi rumah yang ramai.