Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Penghantaran pulang PATI dari Indonesia bermula 6 Jun

Jelas Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, jadual perjalanan dipersetujui untuk menghantar pulang bermula 6 Jun 2020 melibatkan 2,189 warga Indonesia yang berada di depoh di Semenanjung dan Sarawak manakala 672 di depoh Sabah. Kumpulan pertama melibatkan 450 PATI akan dihantar pulang dengan tiga penerbangan ke Jakarta, Medan dan Surabaya dan diikuti pada 10 Jun dengan penghantaran 445 PATI.