Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Pengusaha bas sekolah patuh SOP baharu walaupun jejas pendapatan

Walaupun berdepan kesukaran memenuhi prosedur operasi standard (SOP) kelaziman baharu, pengusaha bas sekolah tetap bersyukur kerana dapat beroperasi semula selepas lebih tiga bulan tiada pendapatan. Junaidi Mari dari Tawau Sabah berkata, jika sebelum ini bas sekolahnya mampu membawa 18 penumpang untuk sekali perjalanan, kini dia hanya boleh mengambil 9 penumpang sahaja.