Tutup
announcement
NOTIS
Beralih ke pengalaman baharu laman web Astro AWANI. Klik di sini!

Penipuan penjualan pelitup muka cecah RM5.5 juta

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, sejak 18 Mac hingga 3 Jun, sebanyak 572 kertas siasatan dibuka berkaitan penipuan jualan pelitup muka melibatkan anggaran kerugian RM5.5 juta. Kebanyakan kes urusan jual beli menerusi Facebook dan WhatsApp. Kertas siasatan tertinggi adalah 122 di Selangor, 68 di Johor dan 68 di Pulau Pinang. Seramai 181 individu ditangkap dan 53 orang dituduh di mahkamah.