Penjenayah senjata api mati ditembak di Ipoh

Seorang anggota polis nyaris maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan penjenayah dalam kejadian di Tambun pada awal Rabu. Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, berkata suspek penjenayah yang sangat dikehendaki itu bagaimanapun ditembak mati polis di lokasi kejadian.