Tutup

Penoreh kurang pendapatan bila getah jatuh harga

Penoreh dan pemilik kebun getah di Gua Musang hilang lebih 60 peratus daripada pendapatan asal sejak dua tahun lalu susulan kejatuhan harga getah. Jika dahulu, mereka menikmati hasil menoreh getah lebih dari 1,500 sebulan, tetapi kini hanya mampu memperoleh pendapatan antara 500 sehingga 700 sahaja sebulan.