Penunggang motosikal maut kemalangan di Jalan Istana

Seorang penunggang motosikal berumur 52 tahun meninggal dunia di tempat kejadian dalam satu kemalangan di Jalan Istana menghala ke Sungai Besi pada malam Isnin. Menurut Komander Operasi Kanan, Penolong Pengusa Bomba Jalan Hang Tuah, L. Logeswaran, kemalangan melibatkan enam buah kereta dan sebuah motosikal.